Kamilah Puteri Tiang Negara Pemangkin Aspirasi Wanita Muda Tanpa Diskriminasi Antara Kita Niat Kian Ikhlas Pengukuh Jiwa
Kamilah Puteri Pewaris Bangsa Pemelihara Agama Juga Budaya Berilmu, Beramanah, Telus & Setia Bertanggungjawab, Berhati Mulia
Kami Memohon Pada Yang Satu Agar Perjuangan Mendapat Restu Ayuhlah Mara Puteri UMNO Ku Ke Mercu Kecemerlangan Yang Kita Tuju
LAGU PUTERI
Dengan berkat doa, hasrat ikhlas dijiwa Kami berusaha dengan setia Berikrar, berjanji, bersatu, teguh hati Pertahan kedaulatan bangsa merdeka
Kamilah PUTERI pewaris bangsa dan negara Rela untuk berkorban harta atau nyawa Demi agama, bangsa dan negara PUTERI UMNO terus mara
Dengan bersemangat tabur bakti & khidmat Untuk rakyat di kota dan di desa Hingga ke titisan darah yang terakhir Rela berjuang demi maruah bangsa
PUTERI UMNO akan tetap setia PUTERI UMNO akan terus mara
LAGU UMNO
Bersatu kita bersatu Dengan setia berganding bahu Jiwa teguh berpadu Kita rumpun melayu Bersama kita bersama Mendukung hasrat semua Berjasa pada bangsa Agama dan Negara Lambang kita yang gagah Dipandang mulia dan indah Bersatu, bersedia, berkhidmat Cogankatanya UMNO terus mara Untuk rakyat Malaysia
LAGU BARISAN NASIONAL
Barisan Nasional barisan kita Penegak wawasan rakyat Malaysia Membina satu bangsa berjaya Itulah wawasan kita Berpadu kita rakyat semua Menuju Malaysia jaya Barisan Nasional parti kita Parti untuk rakyat jelata Khidmat kami untuk semua Tanpa mengira bangsa
Puteri UMNO telah dilancarkan oleh Bekas Presiden UMNO YAB. Tun Dr. Mahathir Mohamad di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada 03hb Ogos 2001. Puteri UMNO yang diilhamkan sendiri oleh Bekas Presiden UMNO ini adalah pelengkap kepada Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita UMNO yang sedia ada.
Justeru itu, pada 09hb April 2001 hari Isnin, Puteri UMNO dengan rasminya diperkenalkan kepada umum. Bagi merealisasikan Puteri UMNO sebagai barisan yang mampu bertindak secara professional dalam parti di kalangan wanita muda. YB Datuk Azalina telah dilantik menjadi Ketua Penaja Puteri UMNO. Bersama beliau juga dilantik beberapa barisan Exco yang mampu mendukung cita-cita parti mengekalkan kedaulatan Melayu. Keahlian dibuka kepada Wanita Bumiputera yang berusia 18-35 tahun.
AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi Tetap - Zaiton Bt Yusof Timb.Pengerusi Tetap - Sharina Bt Man Ketua Puteri - Suriati Bt Che Mid Naib Ketua Puteri - Azlina Bt Ismail Pen.Setiausaha - Marliza Bt Meli Bendahari - Syukrina Bt Mohamed Amin Ketua Penerangan - Azura Hani Bt Hamzah AJK -Masliza Ruyany Bt Mohd Noor -Che Shuhaida Bt Mohd Yusof -Mizawati Bt Mohd Yusof -Yuzaini Bt Md Yusuf -Nor Zamilla Bt Abd Kadir -Rizamarina Bt Salleh -Aminah Bt Che Meh -A.Rokina A/P Anjang Kinin -Rosni Bt Hj.Hashim -Sofia Bt Isa -Noor Hayati Bt Yusof -Noor Azura Bt Azizan -Mazlina Bt Mahmud -Nur Syuhaida Bt Kamarudin -Hasriyani Bt Shabudin -Norliana Bt Mohd Isa -Latifah Bt Yahaya -Habibu Bt Hasan -Surina Bt Che Mid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan